Thursday, 3 May 2012

Membudayakan ICT dikalangan Jururawat
Era globalisasi pada masa kini telah menyebabkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) begitu penting dalam kehidupan seharian untuk menyelesaikan masalah. 
Teknologi dan inovasi memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan manusia pada  masa kini dan ianya menjanjikan kemudahan dan kebaikan kepada penggunanya.

Penggunaan ICT pada masa kini dikalangan jururawat memainkan peranan penting kerana ianya dapat membantu dalam melancarkan segala perkerjaan yang lebih efisien dan selamat serta menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu tatacara yang melibatkan masa yang panjang dan tenaga kakitangan yang ramai.

Jadi tidak hairanlah jika penggunaan ICT pada masa kini semakin meningkat dalam semua sektor awam mahupun sektor swasta. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) penting dalam konteks perawatan dan perubatan moden kepada pesakit. Oleh itu jururawat haruslah mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada atau sedia ada bagi menguasai bidang ICT yang semakin mencabar. Kobelahan penggunaan ICT di kalangan jururawat membawa kepada perubahan dalam proses perawatan dan perubatan. Jika  jururawat takut untuk mencuba dan merebut pelung ini dan masih ‘buta IT’ bagaimana hendak maju dan begitu juga dengan sesebuah organisasi.



Nama ; Roslina bt Che Soh
No Matrik ; A134868
Tahun Pengajian ; Thn 2
Fakulti ; Perubatan
Emai l; rayyan_rose@yahoo.com
Facebook ; Roslina Bt Che Soh.
 

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dan berpendapat bahawa penggunaan ICT dikalangan jururawat pada masa kini dapat membantu dalam memberi perawatan kepada pesakit dengan lebih efisien.

    ReplyDelete
  3. Ya, sekiranya jururawat ini ingin berada setanding dengan kerjaya profesional lain maka para jururawat perlu meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT disamping ilmu pengetahuan yang tinggi.

    ReplyDelete
  4. membudayakan ICT dikalangan jururawat memang perlu di terapkan untuk memantapkan lagi tugas seharian

    ReplyDelete
  5. Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak hospital.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien.Kemudahan ICT dapat membantu jururawat mendapat maklumat perawatan yang terkini dengan mudah dan cepat serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan iaitu pesakit.

    ReplyDelete
  6. sangat bersetuju membudayakan ICT dikalangan jururawat dapat melahirkan juturawat yang berkualiti dan efisyen.

    ReplyDelete
  7. Membudaya ICT amat mustahak di era globalisasi ini..setandang dengan negara maju gitulah..kita memerlukan sokongan semua pihak termasuklah pihak pengurusan hospital dan kerajaan terutamanya yang melibatkan kos dan penyelenggaraan

    ReplyDelete
  8. saya bersetuju dengan cadagan- cadangan tersebut. saya harap jururawat disanjung tinggi pada masa yang akan datang

    ReplyDelete
  9. Seseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.

    ReplyDelete