Thursday, 3 May 2012

Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:

Inovasi adalah asas kepada pertumbuhan dan kemajuan sesebuah negara. Ia adalah pemangkin yang akan menentukan acuan dan kepantasan negara untuk menjadi sebuah negara maju. Sehubungan ini, negara perlu memperkasa landskap inovasi melalui rangsangan inspirasi dan mengembang bakat sedia ada serta mengeksploitasi kemampuan kreativiti serta inventif modal insan negara ke peringkat yang maksimum.
1. Memastikan wujudnya kesinambungan yang berkesan antara sistem persekolahan rendah dan menengah dengan pengajian tinggi maka bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan perlu dalam mata pelajaran disekolah-sekolah agar ianya dapat dijadikan rutin mata pelajaran.
2. Peringkat sekolah tinggi, Pelan Strategik Pengajian Tinggi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini dilihat sebagai satu rangka kerja jangka panjang yang holistik bagi menambahbaik pendidikan tinggi. Diantaranya ialah melalui pemberian pengiktirafan, dorongan, insentif dan motivasi serta mewujudkan persekitaran yang memupuk kreativiti dan daya saing yang sihat.
3. Peranan ibubapa juga penting dalam memastikan anak-anaak dapat mengikuti program –program sains dan inovasi yang diajurkan disekolah, serta panduan dan bimbingan dari keluarga agar anak-anak dapat memupuk minat dalam bidang sains teknologi dan inovasi.
4. Media juga memainkan peranan penting dalam memastikan bidang teknologi dan inovasi disebarkan kepada semua golongan masyarakat agar ianya dijadikan rutin harian dalam semua aktiviti, melalui media massa, internet dan juga televisyen.
5. Mengadakan kerjasama antara semua pihak dalam mengadakan kempen kesedaran, ceramah diperingkat sekolah-sekolah serta adakan pameran berkenaan dengan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan agar minat merka dapat dipupuk dan dibimbing kearah yang lebih bermanfaat.


Nama; Roslina bt Che soh
No Matrik; A134868
Fakulti; Perubatan
Tahun; Tahun 2 Semerter 11
Nama Email; rayyan_rose@yahoo.com
Facebook; roslina bt che soh
http://www.coretananuar.com/2011/04/projek-pelajar-semester-akhir-bah-6.html
http://www.youtube.com/watchv=MLZb661AYiU&nofeather=True
http://www.youtube.com/watchv=Qi5yBsuS_s4&feature=related

No comments:

Post a Comment